Wednesday, March 9, 2011

ciTeR Han2 kaK LimaH baLik KamPunG....


Watak die tidak menonjol pada awal aku menonton cite ni.. Bila banyak kali aku duk layan cite ni, aku n member rasa2 lah kn watak die lg lucu dengan mimik muka selamba walaupun cuma watak pipih. Memang trbaiklah geng produksi Hantu kak Limah balik Kmpung ni... moga ada sambung lg....


cOntoH RpH pEmuLihaN KhaS...





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
           
            Nama guru : Mohd Faiz Bin Zorkarnain.
            Sekolah: Sek. Keb. Dato’ Mahmud, Kelantan.                          
            Kelas: 2 Kemboja.
            Tarikh: 30/08/2010.                                                                        
            Hari: Isnin.                
            Masa: 8.45 pagi -  9.45 pagi
            Mata pelajaran: Bahasa Melayu Pemulihan.

KUMPULAN
TANGKAS
PANTAS
CERDAS

Nama Murid








1.    Mohd Zulkhairi Bin Muhammad.
2.    Mohd Danial Bin Ahmad.
3.    Ahmad Faris Bin Din.
4.    Siti Fairuz Bin Yusof.
5.    Koh Guan Lee.
6.    Yee Mei Lee.


1.    Khairudin Bin Jauhari.
2.    Humairah Bt. Tajudin.
3.    Siti Saadiah Bt. Razali.

1.    Saiful Bin Akbar.
2.    Fataha Bin Idrus.

Tajuk/Tema


Barang-Barang Di Pasar Raya

Hasil Pembelajaran:
Di akhir pembelajaran dan Pengajaran murid dapat:













1.    Murid dapat menyebut dan mengeja 3 perkataan yang betul daripada 5 perkataan KVK+KVK melalui gambar yang dipaparkan.
2.    Murid membaca sekurang-kurangnya 2 daripada 3 ayat mudah seperti yang ditunjukan oleh guru dengan intonansi dan sebutan yang betul.


1.    Murid dapat membentuk perkataan KV+KVK berdasarkan gambar yang diberikan oleh guru.
2.    Murid dapat mengeja 4 daripada 5 perkataan berdasarkan gambar yang diberikan oleh guru.


1.    Murid dapat mencantumkan suku kata KV+KV untuk membentuk perkataan yang bermakna pada gambar yang diberikan.
3.    Mengeja 3 daripada 5 perkataan berdasarkan gambar yang diberikan.



Kemahiran


Perkataan KVK+KVK

Perkataan KV+KVK

Perkataan KV+KV

Pengetahuan sedia ada


Suku Kata KVK+KVK

Suku Kata KV+KVK

Suku Kata KV+KV

Bahan bantu belajar


1.    Lembaran kerja (latihan bertulis).
2.    Kad gambar.
3.    Kad suku kata.
4.    Kotak.
5.    Pita pelekat.
6.    Bola nombor.
7.    Papan Carta.


Penerapan Nilai Murni


1.    Kerjasama.
2.    Tolong-menolong.


Unsur KBKK


1.    Menyenaraikan: Nama-nama barang di pasar raya.
2.    Mengkategorikan: Kad suku kata bagi menjadi perkataan yang sesuai.


Kumpulan


TANGKAS

PANTAS

CERDAS

Set Induksi

(5 minit)



1.    Guru bersoal jawab dengan murid:
a)    Siapakah yang pernah pergi ke pasar raya.
b)    Sebutkan barang-barang yang terdapat di pasar raya.

2.   Guru bercerita tentang suasana di pasar raya dan mengaitkan dengan pelajaran hari ini.

3.   Guru meminta murid berada di dalam kumpulan masing-masing.


Langkah 1


(15 minit)



Latihan Bertulis.


1.    Murid menjawab lembaran kerja (KVK+KVK) yang diedarkan oleh guru.
2.    Latihan yang diberikan berdasarkan pelajaran hari ini.




Permainan.


1.    Murid akan membuat cabutan untuk mendapatkan nombor daripada kotak cabutan.
2.    Nombor cabutan ini akan menentukan gambar (KV+KVK) yang akan dieja.
3.    Murid akan memilih kad-kad suku kata yang terdapat di dalam kotak kad suku kata bagi membentuk ejaan perkataan berdasarkan gambar yang diperolehi.
4.    Murid mencantumkan kad-kad suku kata yang telah dipilih di bawah gambar pada tempat yang disediakan.
5.    Perkataan yang telah dibentuk murid akan dieja dengan kuat kepada ahli kumpulan yang lain (mengeja dengan suku kata dan di akhiri dengan sebutan perkataan).
6.    Permainan diteruskan sehingga tamat.


Pengajaran dan Pembelajaran.

1.    Guru meletakan beberapa gambar di tengah-tengah meja (barang di pasar raya KV+KV).
2.    Setiap murid diminta mengambil satu gambar daripada gambar-gambar tersebut.
3.    Murid diminta menyebut nama barang pada gambar yang mereka perolehi.
4.    Guru akan membantu murid dengan mengeja perkataan bagi setiap gambar dan diikuti oleh murid.
5.    Guru akan menulis suku kata awal perkataan pada bawah bahagian gambar.
6.    Murid diminta menulis suku kata seterusnya bagi melengkapkan perkataan tersebut.
7.    Sekali lagi murid diminta mengeja perkataan tersebut dengan mengeja suku kata satu persatu dan menyebut perkataan tersebut.
8.    Guru membuat rumusan.


Langkah 2

(15 minit)



Pengajaran dan Pembelajaran.

1.    Guru meletakan beberapa gambar di tengah-tengah meja (barang di pasar raya KVK+KVK).
2.    Setiap murid diminta mengambil satu gambar daripada gambar-gambar tersebut.
3.    Murid diminta menyebut nama barang pada gambar yang mereka perolehi.
4.    Guru akan membantu murid dengan mengeja perkataan bagi setiap gambar dan diikuti oleh murid.
5.    Guru akan menulis suku kata awal perkataan pada bawah bahagian gambar.
6.    Murid diminta menulis suku kata seterusnya bagi melengkapkan perkataan tersebut.
7.    Sekali lagi murid diminta mengeja perkataan tersebut dengan mengeja suku kata satu persatu dan menyebut perkataan tersebut.
8.    Guru membuat rumusan.


Latihan Bertulis.


1.    Murid menjawab lembaran kerja (KV+KVK) yang diedarkan oleh guru.
2.    Latihan yang diberikan berdasarkan pelajaran hari ini.


Permainan.


1.    Murid akan membuat cabutan untuk mendapatkan nombor daripada kotak cabutan.
2.    Nombor cabutan ini akan menentukan gambar (KV+KV) yang akan dieja.
3.    Murid akan memilih kad-kad suku kata yang terdapat di dalam kotak kad suku kata bagi membentuk ejaan perkataan berdasarkan gambar yang diperolehi.
4.    Murid mencantumkan kad-kad suku kata yang telah dipilih di bawah gambar pada tempat yang disediakan.
5.    Perkataan yang telah dibentuk murid akan dieja dengan kuat kepada ahli kumpulan yang lain (mengeja dengan suku kata dan di akhiri dengan sebutan perkataan).
6.    Permainan diteruskan sehingga tamat.


Langkah 3

(15 minit)



Permainan.

1.    Murid akan membuat cabutan untuk mendapatkan nombor daripada kotak cabutan.
2.    Nombor cabutan ini akan menentukan gambar (KVK+KVK) yang akan dieja.
3.    Murid akan memilih kad-kad suku kata yang terdapat di dalam kotak kad suku kata bagi membentuk ejaan perkataan berdasarkan gambar yang diperolehi.
4.    Murid mencantumkan kad-kad suku kata yang telah dipilih di bawah gambar pada tempat yang disediakan.
5.    Perkataan yang telah dibentuk murid akan dieja dengan kuat kepada ahli kumpulan yang lain (mengeja dengan suku kata dan di akhiri dengan sebutan perkataan).
6.    Permainan diteruskan sehingga tamat.


Pengajaran dan Pembelajaran.

1.    Guru meletakan beberapa gambar di tengah-tengah meja (barang di pasar raya KV+KVK).
2.    Setiap murid diminta mengambil satu gambar daripada gambar-gambar tersebut.
3.    Murid diminta menyebut nama barang pada gambar yang mereka perolehi.
4.    Guru akan membantu murid dengan mengeja perkataan bagi setiap gambar dan diikuti oleh murid.
5.    Guru akan menulis suku kata awal perkataan pada bawah bahagian gambar.
6.    Murid diminta menulis suku kata seterusnya bagi melengkapkan perkataan tersebut.
7.    Sekali lagi murid diminta mengeja perkataan tersebut dengan mengeja suku kata satu persatu dan menyebut perkataan tersebut.
8.    Guru membuat rumusan.


Latihan Bertulis.

1.    Murid menjawab lembaran kerja (KV+KV) yang diedarkan oleh guru.
2.    Latihan yang diberikan berdasarkan pelajaran hari ini.


Penutup

(10 minit)



Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

Penutup Kognitif
                           
1) Murid menyebut semula perkataan yang telah dipelajari.
2) Murid menulis perkataan tersebut di atas papan putih.
Contohnya, Kumpulan Tangkas : KVK+KVK (biskut), Kumpulan Pantas: KV+KVK (sikat) dan Kumpulan Cerdas: KV+KV (sudu).

Penutup Sosial

1) Murid tepuk tangan kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses P&P dijalankan.
2) Guru mengucapkan tahniah kepada murid kerana berjaya menjalankan aktiviti dengan baik.
3) Murid yang menunjukkan sahsiah terpuji akan diberikan ganjaran berupa token.